Pelawat Online: 3
Tiada Ahli Online
Ahli Berdaftar: 306
Ahli Tidak Aktif: 84
Ahli Terbaru: GAYATHIRI
|
| Mo |
Tu |
We |
Th |
Fr |
Sa |
Su |
| |
|
|
1 |
2 |
3 |
4 |
| 5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
| 12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
| 19 |
20 |
21 |
22 |
23 |
24 |
25 |
| 26 |
27 |
28 |
29 |
30 |
31 |
|
|
|
| Selamat Datang Ke Portal Pengurusan PPD Seremban |
|
|
| PENGHANTARAN SG 20 KE JAB. AKAUNTAN NEGARA BAGI SEKOLAH PTJ |
| MESYUARAT VERIFIKASI DATA OPMEN JULAI 2010 |
Dihantar oleh mazlan_ppds on July 28 2010 00:00:00
Mesyuarat seperti diatas akan diadakan mengikut ketentuan berikut: Tarikh : 4 Ogos 2010 Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Seri Ampangan.
Sila bawa bersama Laptop yang bercas penuh.
0 Comments · 29 Reads
·
|
| MESYUARAT PENGURUSAN PPD SEREMBAN BERSAMA PENGETUA |
Dihantar oleh mazlan_ppds on July 28 2010 00:00:00
Mesyuarat seperti diatas akan diadakan seperti ketentuan diberikut: Tarikh : 9 Ogos 2010 Masa : 8.30 pagi Tempat : Balai Perdana PPD Seremban
Kehadiran Pengetua adalah Wajib. ( Tidak boleh di wakilkan).
0 Comments · 12 Reads
·
|
| MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2010 |
Dihantar oleh mazlan_ppds on July 23 2010 11:06:19
Kepada semua SU AJK PIBG – SMK, SK/SJK(C)/SJK(T) Daerah Seremban, sila hantar satu salinan hard copy Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2010 kepada En Wong Ah Tin, Penyelia Sekolah Cina PPD Seremban pada atau sebelum 30 Julai 2010.
Minit Mesyuarat tersebut harus ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha yang baru dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahun semasa.
Untuk mengetahui samada sekolah tuan/puan sudah atau belum hantar Minit Mesyuarat tersebut, sila rujuk senarai yang dilampirkan dibawah. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Wong 012-6122420. Sekolah Men :KLIK DISINI
0 Comments · 52 Reads
·
|
| MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEKOLAH |
Dihantar oleh mazlan_ppds on July 19 2010 15:32:43
Adalah dimaklumkan sebarang perolehan (pembelian) peralatan komputer (ICT) perlulah mendapat kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) atau Jawatankuasa ICT Jabatan Pelajaran Negeri (JKICT-JPN).
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan kepada semua sekolah supaya tidak melaksanakan pembelian peralatan tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa berkenaan. Kegagalan sekolah mematuhi tatacara yang telah ditetapkan boleh menyebabkan sekolah mendapat teguran audit.
|
0 Comments · 35 Reads
·
|
Dihantar oleh mazlan_ppds on July 19 2010 15:22:06
PEMBERITAHUAN: Makluman bahawa sekolah-sekolah yang hendak memasang Streamyx hendaklah merujuk pada surat yang dikemukakan melalui Portal JPNS. Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Surat siaran : Pertanyaan Tentang Pemasangan Streamyx Sekolah
0 Comments · 35 Reads
·
|
| PENARAFAN BINTANG KENDIRI MAKMAL / BILIK SAINS |
Dihantar oleh fadziljamil_ppds on July 14 2010 00:00:00
Untuk tindakan segera Ketua Panitia Sains (sekolah rendah) dan Ketua Bidang Sains dan Matematik ( sekolah menengah ). Sila ke laman web www.spa.jpnns.gov.my untuk download : 1. Sekolah menengah - Penarafan Bintang Kendiri Makmal Sains Sekolah Menengah - (instrumen penarafan) - PMBS Menengah - template untuk isi data dari instrumen
2. Sekolah rendah - Penarafan Bintang Kendiri Bilik Sains sekolah rendah - (instrumen penarafan) - PMBS Rendah - template untuk isi data dari instrumen
PMBS Rendah dan PMBS Menengah adalah program yang perlu install dalam komputer. Bagi pemulaan mengisi data, mestilah bermula dengan mendaftar sekolah dahulu. Setelah selesai key-in data, klik butang eksport/import , pilih JPN, PPD dan SEK. Selepas itu klik butang SEKOLAH dan butang ZIP. Pergi ke my computer dan buka drive C, seterusnya buka folder PMBS. Minta sekolah emailkan kepada drwnacs@yahoo.com 3 txt files iaitu (TPMS1,TPMS2 dan TPMSsek bagi sekolah menengah dan TPBS1,TPBS2 dan TPBSsek bagi sekolah rendah )pada atau sebelum 30 Julai 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fadzil Jamil 013-3245636.
0 Comments · 76 Reads
·
|
| MAKLUMAN PEMANSUHAN (BHEK) DAN PEWUJUDAN (UKK) |
Dihantar oleh mazlan_ppds on July 13 2010 16:07:53
Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar:
1.Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Korporat ( BHEK) telah dimansuhkan dan fungsi serta perjawatan sedia ada di Bahagian tersebut antaranya diagihkan kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK) melalui Waran Perjawatan Bil.S22 Tahun 2010 yang berkuatkuasa mulai 16 Januari 2010.
2. Sehubungan dengan itu, segala urusan berkaitan Perhubungan Awan dan Media (Promosi dan Publisiti), Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan dan Komunikasi Korporat adalah di bawah fungsi UKK. Oleh yang demikian, dipohon agar segala kegiatan surat-menyurat dan urusan berkaitan fungsi yang telah dinyatakan di atas perlu dikemukakan terus kepada Ketua Komunikasi Korporat.
0 Comments · 40 Reads
·
|
| MAKLUMAT DATA GAJI SEKOLAH |
Dihantar oleh mazlan_ppds on June 12 2010 17:19:33
Merujuk kepada surat arahan JPNS/SKPP/400/05 Jld.2, Maklumat Data Gaji Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Muat turun Surat : KLIK DISINI Muat turun Lampiran A : KLIK DISINI
0 Comments · 83 Reads
·
|
| EFT CEK BATAL DAN EFT REJECT |
Dihantar oleh mazlan_ppds on May 10 2010 09:48:06
Muat turun notis peringatan EFT Terbatal. KLIK DISINI
Muat turun Lampiran A.Senarai Bayaran EFT yang di tolak dari Tahun 2004-2010. KLIK DISINI
0 Comments · 199 Reads
·
|
|
|
| Ucapan Aluan Timbalan PPD |
|
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|